Monday, February 28, 2011

Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH 2010) kali ini!

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2010) bakal berlangsung pada  3hb April 2011, bertempat di Genting Highlands dibarisi oleh ramai pendatang baru dunia hiburan tanahair dengan 16 kategori pencalonan. Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Berita Harian kali ini??.. 

"SELAMAT BERTANDING"

Senarai finalis Top 5 Anugerah Bintang Popular 2010  (ABPBH) .

Artis Komedi Lelaki Popular
Along
Angah
Johan
Nabil
Zizan
Artis Komedi Wanita Popular
Didie Alias
Kenchana Dewi
Nurkhiriah
Raja Azura
Sharifah Shahira
Artis Baru Lelaki Popular
Daus
Maulana
Shah Jaszle
Shahir
Sharnaaz Ahmad
Artis Baru Wanita Popular
Adira
Ana Raffali
Mizz Nina
Nur Syuhada @ Dottie
Elfira Roy
Penyanyi Nasyid Popular
Hijjaz
In Team
Mirwana
Rabbani
Raihan
Artis Berkumpulan Duo/Berkumpulan Popular
Ana Raffali/Suhaimi Mior Hassan/Altimet
6ixth Sense
Azlan The Typewriter
Bunkface
Meet Uncle Hussein
Penyanyi Lelaki Popular
Aizat
Anuar Zain
Black
Faizal Tahir
Shahir
Penyanyi Wanita Popular
Adira
Alyah
Ana Raffali
Stacy
Yuna
Pelakon Filem Lelaki Popular
Aaron Aziz
Bront Paralea
Remy Ishak
Shaheizy Sam
Syamsul Yusof
Pelakon Filem Wanita Popular
Diana Danielle
Lisa Surihani
Liyana Jasmay
Maya Karin
Scha Alyahya
Pelakon TV Lelaki Popular
Aaron Aziz
Ady Putra
Fizz Fairuz
Remy Ishak
Shaheizy Sam
Pelakon TV Wanita Popular
Fasha Sandha
Nurkhiriah
Lisa Surihani
Scha Alyahya
Tiz Zaqyah
Pengacara TV Lelaki Popular
Ally Iskandar
Awal Ashaari
Anil Hj Nawawi
Jimmy Shanley
Zizan
Pengacara TV Wanita Popular
Cheryl Samad
Fara Fauzana
Nurul Syuhada
Raja Azura
Sharifah Shahirah
Penyampai Radio Lelaki Popular
Aznil Hj Nawawi
Faizal Ismail
Halim Othman
Kieran
Salih Yaakub
Penyampai Radio Wanita Popular
Abby Fana
Fara Fauzana
Linda Onn
Raja Azura
Sharifah Aleya


Friday, February 25, 2011

Gambar Park Shin Hye artis KOREA


Park Shin Hye

Name: Park Shin Hye (Bak Sin Hye)

Profession: Actress, model and singer
Birthdate: 1990-Feb-18
Birthplace: Paju, Gyeonggi, South Korea
Height: 163cm
Weight: 45kg
Star sign: Aquarius
Blood type:


Agak-agak kalau kat Malaysia atau Indonesia macam sape ek???

Monday, February 14, 2011

Adakah Pelaburan emas ini benar-benar menguntungkan???Jom komen,,

Dr. Mahathir galak rakyat simpan emas

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan orang ramai supaya menyimpan emas berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.
Menurutnya, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di dalam sesebuah negara.
"Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar, namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia.
"Simpanan emas lebih terjamin kerana fungsi komoditi itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pelancaran Produk Emas Genneva Malaysia berkonsepkan syariah di sini, kelmarin.
Produk emas Genneva Malaysia dihasilkan dalam bentuk jongkong oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi (MSAF) dan Persatuan Usahawan Jongkong Emas Malaysia (GBEAM) yang dikeluarkan memenuhi keperluan Syariah.
MSAF dan GBEAM menyasarkan syarikat swasta dan orang ramai untuk mendapatkan produk berkenaan sebagai urusan dalam pelbagai transaksi terutamanya jualan dan belian.
Dr. Mahathir berkata, suatu ketika dahulu, satu auns emas bernilai AS$30 (RM109.79) tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira AS$1,400 (RM4,390.40).
Beliau berkata, perbezaan antara menyimpan emas fizikal dan emas yang siap diproses (barang kemas, syiling emas) adalah dari sudut keuntungan.


Persoalannya mengapa EMAS menjadi alat simpanan dan pelaburan yang paling menguntungkan? Jom komen,,



Betul ker Melodi akan dapat pengacara baru??


Melodi Akan Dapat Pengacara Baru,,,


Bergegar dunia hiburan tempatan bila ada ura-ura untuk melakukan perubahan wajah di bahagian hadapan program paling sensasi di Malaysia, Melodi. Baik di akhbar tempatan, mahu pun di media sosial, ramai peminat program tersebut bertanyakan hal tersebut.

Ya! Memang benar! Melodi akan mendapat pengacara baru bermula Mac depan. Ini berikutan kontrak dua pengacara sekarang, Fara Fauzana dan Wahid Senario tidak akan disambung lagi.

Perubahan itu bukanlah kerana Fara dan Wahid tidak bagus. Mereka bagus. Fara contohnya sudah beberapa kali memenangi Pengacara TV Wanita Popular ABPBH menerusi Melodi yang telah mengangkat namanya di bidang pengacaraan televisyen. Begitu juga Wahid yang sudah beberapa kali juga tercalon.

Sudah lima tahun mereka mengemudikan program yang berslogan “kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi” itu. Pelbagai ragam mereka sudah boleh dibaca penonton dan sudah tiba masanya untuk Melodi berubah wajah.

Harus diingat, pasangan Fara dan Wahid merupakan pasangan paling lama sebagai pengacara di Melodi dan bersiaran hampir setiap hari Ahad di kaca televisyen anda. Pastinya penonton mahukan sesuatu yang baru dan program yang sudah menambat perhatian penonton sejak dulu lagi perlu diberikan wajah baru.

Tidak pernah pun seorang pengacara mengemudi sesebuah program sampai bila-bila. Fauziah Ahmad Daud (Ogy) pun pernah mengundur diri. Begitu juga Raja Azura, Aznil Haji Nawawi dan pengacara sulung program itu, Mahadzir Lokman (kini Dato’).

Sheila Rusly, Haliza Misbun dan Ziana Zain pun pernah merasa duduk di kerusi panas di program yang cukup panas dan sensasi itu.

Apabila berlaku perubahan, ia sesuatu yang pasti dan tidak perlu ditakuti. Mana tahu perubahan itu nanti akan membawa program itu ke tahap yang lebih tinggi lagi. GUA dengar cerita lagi Wahid bakal mengemudi Ewah-Ewah bersama Nabil. Lagi gamatlah hasilnya nanti. Eh! Mana pergi Kak Engku?

Inilah yang GUA maksudkan dengan perubahan untuk kebaikan bila ada sesuatu yang lebih baik menanti mereka yang meninggalkan sesebuah program.

Setelah berlakunya perubahan, pastinya siapakah pengganti yang bakal mengemudi program itu mula menjadi sebutan ramai. Apa yang boleh GUA kongsikan hanyalah sekadar “hint” buat pembaca semua.

Pengacara ini memang seorang yang cukup ramuannya untuk menjadi seorang pengacara. Lahir dari sebuah program realiti yang bukan diterbitkan stesen televisyen milik Media Prima, membuktikan bakat luar biasanya menarik perhatian semua. Keterbukaan stesen televisyen itu sewajarnya dipuji.

Mungkin sudah ramai menjangkakan kelibatnya bakal menghiasi Melodi mulai April depan kerana beberapa kali juga pelawak itu dijemput sebagai pengacara jemputan. Kelibatnya di sebuah majlis sewaktu menyampaikan anugerah diingati sehingga kini. Hebat sungguh penangannya.

Namun siapakah pasangannya? Cer citer! Cer citer! Artis wanita yang dimaksudkan ada tarikan tersendiri. Bila bercakap, boleh tahan juga mulutnya. Maklumlah orang Melaka kan! Kini kehebatannya di skrin televisyen sebagai pelakon akan dapat disaksikan setiap minggu berpasangan dengan pelawak tersebut.

Apa yang boleh GUA harapkan adalah perubahan itu nanti akan dapat memberikan sinar baru kepada program sensasi itu. Layaaaaannnn…(nampaknya kena tukar tagline baru lepas ini)

Sumber : gua.com.my

Persoalannya siapakah yang layak menggantikan Farah & Wahid kan????Tunggu,,,,,

Gambar artis Indonesia tanpa make-up

LunaMaya

Sandra Dewi

Agnes Monica

Acha Septriasa

Artis kita, Malaysia camner pulak ek????

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1432H, 15 Februari 2011

12 Rabiulawal juga tarikh nabi wafat

SOALAN: 
Ada pandangan bahawa kita tidak boleh terlalu asyik menyambut 12 Rabiulawal sebagai hari keputeraan baginda SAW kerana pada tarikh tersebut juga baginda wafat. Benarkah pandangan ini?

JAWAPAN:
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan apabila datang kepada mereka sesuatu keterangan, mereka berkata: “Kami tidak akan beriman sehingga Kami juga diberi (wahyu) sama seperti Yang telah diberikan kepada pesuruh-pesuruh Allah”. Allah lebih mengetahui di mana (dan kepada siapakah Yang sepatutnya) ia berikan jawatan Rasul (dan wahyu) Yang diberikan-Nya itu. orang-orang Yang melakukan perbuatan Yang salah itu akan ditimpa kehinaan di sisi Allah, dan azab seksa Yang amat berat, disebabkan perbuatan tipu daya Yang mereka lakukan. (al-An’am: 124)
Hercules (Raja Rom) ketika bertanya kepada Abu Sufyan mengenai sifat-sifat Rasulullah SAW dengan berkata: “Bagaimana keturunannya di hadapan kamu?” Jawab Abu Sufyan: “Dia adalah berketurunan baik (mulia) di kalangan kami”, lalu Hercules menjawab: “Begitulah kesemua para rasul yang diutus daripada keturunan yang mulia daripada kalangan kaumnya”. Iaitu Nabi diutus daripada kalangan keluarga yang termulia dan berketurunan yang ramai.
Baginda adalah penghulu anak Adam di dunia dan akhirat. Juga digelar Abu al-Qasim, Abu Ibrahim, Muhammad, Ahmad pemadam kekufuran dan kesyirikan. Tiada nabi selepas baginda, penghimpun yang tersimpan manusia menjemput kedua kalinya. Nabi yang rahmat, nabi yang taubat, penutup seluruh kenabian, dia al-Fatih (pembuka), Taha, Yasin dan Abdullah.
Baginda adalah lembut lagi mengasihani mengingatkan mengangkat baginda sebagai pembawa rahmat, pembawa nikmat kebahagiaan hidup dan petunjuk.
Baginda SAW dilahirkan dengan sejahtera pada hari Isnin. Ini berdasarkan hadis riwayat Imam Muslim, daripada Abi Qatadah sesungguhnya seorang lelaki Badwi bertanya kepada Rasulullah SAW: Apa pandangan tuan puasa pada hari Isnin? Lalu baginda menjawab: “yang demikian (Isnin) adalah hari aku dilahirkan padanya dan hari turun wahyu kepadaku”.
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam karyanya dengan sanad daripada Jabir dan Ibnu Abbas, sesungguhnya baginda SAW telah dilahirkan pada tahun gajah hari Isnin, 12 Rabiulawal, padanya (12 Rabiulawal), aku diangkat ke langit (mikraj), dan padanya berlaku hijrah, dan padanya juga wafat. (Ibn Kathir, al-Sirah al-Nabawiyyah, dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut, cet:1, 2005, hlm: 35)
Sementara itu, Sheikh Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri di dalam kitabnya, al-Rahiq al-Makhtum menjelaskan bahawa, tarikh kelahiran Nabi SAW iaitu 12 Rabiulawal adalah bersamaan dengan 20 atau 22 April tahun 571 Masihi.
Tarikh ini berdasarkan apa yang dinyatakan oleh Muhammad Sulaiman al-Mansur Fauri yang merupakan tokoh sejarah. Tarikh ini diperakui oleh Mahmud Basha seorang tokoh dan sarjana dalam bidang falak. (Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, Dar al-Fikr, Beirut, cet:1, 1991, hlm: 45).
Jumhur ulama bersetuju tarikh kelahiran baginda Rasulullah SAW adalah 12 Rabiulawal 571 Masihi, tahun gajah. Dikenali dengan tahun gajah kerana pada tahun inilah Abrahah menyerang kota Mekah dengan tentera bergajah.
Sementara, tarikh kewafatan baginda seperti yang disebut oleh riwayat yang terdahulu iaitu pada 12 Rabiulawal, pada tahun 11 hijrah, ketika baginda berusia 63 tahun. (Lihat; Abu Hasan ‘Ali al-Husaini al-Nadawi, al-Sirah al-Nabawiyyah, dar ibn Kathir, Dimasyq, 2009, cet: 5, hlm:539).
Kebiasaannya serta fitrah manusia tidak ingin meraikan tahun kewafatan orang yang dikasihinya. Lebih-lebih lagi junjungan besar Nabi SAW yang telah banyak menabur bakti kepada umatnya.
Kewafatan baginda cukup menyedihkan bagi orang yang pernah mengenali baginda. Para sahabat r.a tidak sanggup dan tidak mampu berpisah dengan kekasih mereka Rasulullah SAW.
Baginda telah melayan mereka seperti seorang ayah, dengan penuh kasih sayang baginda menatang para sahabat. Mereka didakap dengan tulus ikhlas dan persaudaraan.
Mereka (para sahabat) dan juga kita tidak akan bertemu dengan insan yang begitu agung budi pekertinya, tidak pernah mengecewakan setiap yang meminta.
Baginda tidak pernah mengherdik yang lemah mahupun yang fakir, baginda tidak pernah tidak pernah menyakiti setiap yang mendampinginya.
Menerusi kitab al-Dalail al-Nubuwwah, dalam bab membicarakan kelahiran baginda, beberapa riwayat perlu dikongsikan di sini.
Antaranya: daripada Ibnu Abbas r.a berkata: “Tidaklah Allah azza wa jalla menjadi sesuatu apa pun dan tidak pula meninggalkan sesuatu nyawapun yang lebih mulia daripada Nabi SAW, dan aku (Ibnu Abbas) tidak pernah mendengar bahawa Allah SWT bersumpah dengan kehidupan seseorang melainkan dengan Nabi SAW, firman Allah SWT yang bermaksud: Demi umurmu (Wahai Muhammad), Sesungguhnya mereka membuta tuli Dalam kemabukan maksiat mereka. (al-Hijr: 72)
Umumnya Allah SWT tidak akan bersumpah dengan sesuatu apa pun melainkan ia sungguhhebat dalam sudut ciptaan dan kedudukan. Dalam ayat ini Allah SWT bersumpah dengan umur Nabi SAW.
Pengiktirafan
Inilah satu pengiktirafan dan pemasyhuran kedudukan baginda di sisi Allah SWT.
Dalam riwayat lain daripada Umm Kurz sesungguhnya telah berkata, dia (Umm Kurz) mendengar daripada nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Aku adalah penghulu bagi kaum mukminin apabila mereka dibangkitkan di mahsyar kelak, akulah yang akan memimpin mereka apabila dibangkitkan, dan akulah yang akan memberi berita gembira apa berkesedihan, akulah imam mereka apabila mereka sujud, dan akulah orang yang paling hampir kepada Allah apabila berhimpun di hadapan Allah, aku akan berbicara di hadapan Allah lantas akan diiakan kata-kataku dan aku memberi syafaat lalu diterima syafaatku dan aku meminta lalu ditunaikan permintaanku”. (Abi Naim al-Asfahani, Dalail al-Nubuwaah, Dar al-Nafais, 1999, cet:4, jld:1, hlm: 67)
Dalam suasana sambutan Maulid Rasul SAW minggu depan, ia harus dimanfaat dengan sebaik mungkin agar kelahiran baginda yang penuh makna dapat dihayati bersama.
Cinta kepada nabi SAW bermaksud cinta kepada Allah SWT. Kelahiran baginda telah mengubah dunia yang sarat dengan amalan jahiliah kepada nur (cahaya) yang memandu mereka menjadi manusia yang berakhlak.
Nabi SAW telah mengenalkan kita kepada Allah SWT, meninggalkan kepada kita mukjizat agung iaitu al-Quran, dan mengajar kita erti ibadah supaya sampai ke makam penghambaan yang hakiki menghampiri Rabbul Izzati.
Semoga Allah menghimpun kita bersama kekasih agung kita Muhammad SAW.

Saturday, February 12, 2011

Buang Hadiah Peminat: Akim Mohon Maaf

Cerita tentang keterlanjuran Akim yang melemparkan hadiah yang diberikan oleh peminatnya di negara jiran, Brunei menjadi satu khabar yang kurang enak di dengar oleh masyarakat Malaysia.
Seperti memperlihatkan tingkah laku yang kurang sopan, Akim juga dikatakan sudah dilarang melakukan persembahan di negara Darul Salam itu.
Ini bukan kali pertama anak kelahiran Johor ini diperkatakan sebegini, sebelum ini Akim juga pernah dikatakan berkelakuan dingin dan kurang mesra bila di hadapan orang ramai, malah Akim juga pernah dikatakan bersikap sombong dengan artis senior di sebuah majlis di luar ibu kota.

Berkali-kali dikatakan sombong, kurang ajar,dan tidak beradap, Akim seakan tidak pernah mengubah atau menyesali perbuatannya itu.
Menghubungi Akim, menurutnya, dia sedikit kecewa apabila seringkali dilemparkan dengan gosip yang bisa menjatuhkan nama baiknya dalam bidang muzik ini. Tidak pernah berniat untuk bersikap kurang ajar, dia sudah cuba mengubah cara pergaulannya demi memuaskan hati semua pihak.
Jom kita ikuti apa kata Akim:
"Saya agak terkejut bila cerita saya membuang hadiah daripada peminat sewaktu mengadakan persembahan disana keluar di surat khabar baru-baru ini, sedangkan saya sudah setahun setengah tidak mengadakan persembahan disana.
"Ia sama sekali tidak benar, tak mungkin saya membuang hadiah yang peminat saya berikan kerana saya sangat menghargai setiap pemberian orang pada saya.
"Mungkin ketika itu, peminat terbabit tersalah pandang, kebiasaannya bila ada peminat yang menghulurkan hadiah daripada bawah pentas, saya akan letakkannya di bahagian tepi supaya tidak terpijak sewaktu membuat persembahan.
"Tetapi selepas habis persembahan, saya akan ambil hadiah itu dan bawa pulang. Jadi saya fikir, mereka tidak biasa dengan keadaan itu,"jelas Akim.
Di Halang Membuat Persembahan di Brunei?
"Selepas habis persembahan itu, ada juga beberapa kali saya di panggil untuk membuat persembahan di negara itu, tapi atas sebab-sebab kesibukkan, saya terpaksa tolak.
"Saya juga tidak pernah mendapat apa-apa surat ataupun di beritahu bahawa saya tidak lagi dibenarkan untuk membuat persembahan di sana, sehinggalah saya mendengar cerita ini minggu lepas,"jelasnya.
Minta Maaf
"Terlalu banyak cerita tentang sikap saya sebelum ini, jadi di kesempatan ni saya nak minta maaf pada semua yang terasa hati dengan sikap saya.
"Saya cuba memperbaikinya dari hari ke hari, dan saya harap setiap peminat memahami cara saya.
"Sebagai manusia, saya tidak terlepas daripada melakukan kesalahan, jadi sepanjang bekerja saya minta ampun dan maaf pada seluruh peminat sama ada di dalam Malaysia, ataupun dari negara luar, dan sokonglah saya untuk menjadi yang terbaik untuk anda semua,"luah Akim
Perkembangan Terbaru
"Saya baru saja menandatangani kontrak sebagai Duta Hotlink selama setahun dan akan keluar dengan single terbaru yang berjudul,Janji.
"Seperti mana, Inilah Cinta, Janji juga adalah hasil sentuhan saya sendiri,"jelasnya lagi.
Sumber : manggaonline.com.my 
Apa pun penjelasan yang diberikan, artis seharusnya lebih berhati-hati kerana kelakuannya menjadi perhatian orang ramai,,


Haram sambut Hari Kekasih

Bersama: MOHD FARID RAVI ABDULLAH
1. Apakah hukum umat Islam turut menyambut Hari Valentine pada 14 Februari lalu dan bagaimana hendak menyedarkan golongan tersebut agar menghentikan perbuatan itu yang menjadi amalan kebanyakan remaja yang bercinta?
JAWAPAN: Menyambut Valentine Day (Hari Kekasih) hukumnya haram. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat.’’ (al-Isra: 32)
Mafhumnya, Allah s.w.t. tidak mengharamkan zina semata-mata malahan apa-apa yang boleh membawa kepada zina juga hukumnya haram.
Apa yang jelas dalam sambutan Valentine Day ialah pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Justeru, bagi menzahirkan rasa cinta, pelbagai aktiviti dilakukan yang jelas haram dan bertentangan dengan Islam. Apa yang pasti ialah pasangan kekasih akan mengadakan pertemuan demi melahirkan perasaan cinta. Pada waktu itu yang ketiga ialah syaitan yang menghasut mereka supaya melakukan perkara-perkara terkutuk.
Nabi telah menegah kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dengan sabdanya yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.’’
Islam mengharamkan sambutan seperti itu bagi menghalang berlakunya perkara yang lebih buruk. Islam menghalang demi membatasi perhubungan lelaki dan perempuan supaya masing-masing dapat memelihara kehormatan diri.
Menyambut Valentine Day adalah bertentangan dengan syiar dan norma-norma budaya masyarakat Islam Melayu. Malah budaya itu diimport dari Eropah yang menghalalkan perhubungan lelaki dan perempuan atas dasar suka sama suka.
Perlu difahami bahawa Islam bukan satu agama yang rigid atau ekstrem tetapi Islam bermatlamat membawa kesejahteraan demi memelihara nama baik umat Islam supaya menjadi umat contoh.
2. Apakah cara atau kaedah untuk menyedarkan anak perempuan saya yang terlibat dalam Black Metal agar kembali mematuhi perintah Allah. Lebih sukar lagi, suami saya pula tidak mahu membantu kerana, katanya, anak kami sudah besar. Biarlah dia pilih jalan sendiri. Anak saya ini sebelum ini bernikah tanpa pengetahuan kami di negara jiran selepas terpengaruh dengan ajaran Black Metal semasa menuntut di UIA.
JAWAPAN: Mendidik anak-anak perlukan kesabaran yang berpanjangan apatah lagi apabila mendidik anak yang telah dewasa. Sudah semestinya ia perlukan teknik dan kaedah yang berkesan supaya didikan tersebut benar-benar berhasil.
Cara menasihati anak perempuan yang terlibat dengan Black Metal, pertamanya kita perlu mengajak mereka kepada beriman kepada Allah s.w.t., mencintai Allah dan Rasul-Nya serta kembali mengamalkan segala suruhan Allah.
Mendidik atau menjaga anak yang bermasalah adalah seperti menjaga orang yang berpenyakit kronik. Sudah pasti ia memerlukan rawatan yang rapi.
Jangan dibuang mereka, jangan dipulau, jangan diungkit dan tunjukkan kasih sayang. Mungkin gadis itu terlibat kerana tidak ada perhatian daripada ibu bapa. Dalam hal ini ibu bapa perlu banyak berkorban dan mendampingkan diri dengan anak-anak. Ibu bapa perlu merancang aktiviti-aktiviti yang boleh mengisi masa lapang anak-anak supaya mereka tidak rasa bosan dan membuang masa di rumah. Ibu bapa perlu kreatif dalam mendekati dan memenangi jiwa anak-anak
Jangan lupa banyakkan solat hajat dan berdoa untuk keselamatan dan kesejahteraan mereka. Banyakkan membaca doa yang berikut: “Wahai Tuhan, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati kami melihatnya dan jadikanlah kami imam (pemimpin) ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.” (al-Furqan: 74)
3. Apakah cara terbaik untuk kita memohon maaf kepada ibu bapa selepas kita bertengkar dengan mereka sehingga mengguris perasaan terutama ibu sedangkan kita tidak berniat sedemikian?
JAWAPAN: Wajib bersegera memohon maaf daripada ibu bapa apabila kita berdosa kepada mereka. Firman Allah dalam surah al-Israk, “Dan Tuhanmu telah menetapkan janganlah kamu menyembah selain Allah dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa... dan janganlah kami katakan kepada kedua-dua mereka perkataan ‘ah’.” (al-Israk: 23)
Jika ada sesuatu perkara yang ingin dijelaskan, cari masa dan ketika yang sesuai dengan menggunakan bahasa yang tidak menyinggung perasaan mereka. Kita perlu risau jika kita atau mereka meninggal dunia ketika kita tidak sempat memohon ampun maaf daripada mereka.
Cara terbaik untuk meminta maaf ialah dengan mengakui kesalahan kita dan memohon maaf dengan ikhlas. Kita perlu menghormati ibu bapa dalam perbualan dengan tidak mengangkat suara atau tidak mendahului mereka dalam sesuatu perkara sebelum meminta izin. Kita juga hendaklah sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka di dunia mahupun di akhirat.

Tempat tidur pilihan anda?? jom k.o.m.e.n..

Setelah seharian penat bekerja,, tentu anda memerlukan tempat yang selesa untuk tidurkan?? Apa komen anda?? Adakah anda puas hati dan selesa dengan tempat tidur anda sekarang?? Pentingkah tempat tidur yang selesa?JOM KOMEN ok!!.